Aplikasi Indrive telah membuka pendaftaran untuk daftar pemandu Indrive Malaysia. Pemandu app Indrive boleh menjalani langkah-langkah pendaftaran Indrive dengan mudah setelah mendapat kelulusan APAD untuk beroperasi di Malaysia.
Cara-cara daftar app Indrive ini boleh di lakukan dengan pelbagai cara dan cara yang selamat dan laju adalah daftar indrive melalui whatsapp. Oh ya, Indrive ialah app ehailing kedua terbesar di DUNIA dan kedua terbesar di Malaysia. Jadi, bilangan job Indrive banyak dan pemandu bekerja sebagai pemandu Indriver secara full time dan juga part time.
Syarat Daftar Indrive
Apakah syarat daftar Indrive?
Kami senaraikan di sini syarat pendaftaran Indrive yang utama:
Usia kereta hingga 15 tahun
Kereta yang hendak di gunakan sebagai pemandu Indrive hendaklah mematuhi arahan APAD iaitu sehingga 15 tahun!
Maksudnya, untuk tahun 2023, kereta yang layak untuk daftar Indrive ialah dari tahun 2008 ke 2023 (15 tahun). Pada tahun hadapan, syarat usia kereta yang layak ialah dari tahun 2009 ke 2024 dan begitulah seterusnya.
Insuran Tahunan Ehailing
Pemandu perlukan insuran ehailing tahunan ( hanya Grab yang terima daily insuran).
Jika tiada insuran ehailing, anda boleh buat dengan agensi/ejen insuran sedia ada (tak boleh buat dengan ejen lain). Cakap dengan ejen, nak tambah insuran ehailing (seperti tambah insuran cermin). Bila2 masa boleh tambah ehailing, tak perlu tunggu insuran due.
Kos untuk tambah insuran yang cover ehailing lebih kurang 30% dari insuran sedia ada.
Jika insuran sedia ada tak sediakan ehailing (contoh etiqa), anda surrender etiqa dan buat insuran syarikat lain (seperti zurich). Anda akan dapat duit balik dari etiqa.
Lesen PSV
Pendaftaran pemandu ehailing memerlukan lesen PSV (public service vehicle). Lesen PSV ialah lesen supaya pemandu ehailing boleh membawa penumpang. Dengan adanya lesen psv, pemandu ehailing kayak untuk mendaftar sebagai driver ehailing seperti Grab, Indrive, Maxim dan Airasia. Semua syarikat memerlukan lesen PSV yang sama sahaja - satu lesen psv untuk semua app.
Semasa pendaftaran pemandu ehailing, bakal pemandu memerlukan lesen psv untuk lulus pendaftaran. Jika tiada lesen psv, maka pendaftaran akan pending hinggalah ada lesen psv seperti yang disyaratkan oleh kerajaan - APAD.
Itulah syarat utama untuk daftar sebagai pemandu Indrive.
Dokumen daftar Indrive
Apakah dokumen untuk daftar Indrive Malaysia?
Dokumen pendaftaran mesti mematuhi arahan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bukan sahaja Indrive tetapi semua ehailing lain kena ikuti bukan sahaja Indrive.
Di bawah di senaraikan dokumen untuk daftar indrive:
Insuran ehailing tahunan
Pemandu perlukan insuran ehailing tahunan ( hanya Grab yang terima daily insuran).
Jika tiada insuran ehailing, anda boleh buat dengan agensi/ejen insuran sedia ada (tak boleh buat dengan ejen lain). Cakap dengan ejen, nak tambah insuran ehailing (seperti tambah insuran cermin). Bila2 masa boleh tambah ehailing, tak perlu tunggu insuran due.
Kos untuk tambah insuran yang cover ehailing lebih kurang 30% dari insuran sedia ada.
Jika insuran sedia ada tak sediakan ehailing (contoh etiqa), anda surrender etiqa dan buat insuran syarikat lain (seperti zurich). Anda akan dapat duit balik dari etiqa.
Lesen PSV
Lesen psv adalah wajib. Ini arahan kerajaan. Jadi pemandu Indrive perlu buat dan ada psv, Untuk dapatkan lesen psv, boleh baca panduan cara buat lesen psv yang telah saya sediakan.
Dokumen lain
Ic, lesen memandu, gambar selfie
Dokumen kereta
Geran, insuran kereta yang ada add on ehailing, gambar kereta.
Cara Daftar Indrive
Kumpulan sokongan Indrive
Indrive mempunyai kumpulan sokongan di semua channel. Sila sertai kumpulan sokongan Indrive Malaysia di fb, ini ialah kumpulan terbesar pengumpulan pemandu-pemandu Indrive di Malaysia.
Anda boleh dapatkan info dan panduan mengenai Indrive. Anda juga di sajikan dengan pengalaman pemandu indriver untuk panduan anda.
0 Komen:
Catat Ulasan